Pena Kreatif terdiri daripada 2
jenis karangan iaitu:
1. Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan
2. Karangan Jenis Cereka/Imaginasi
Nota ringkas:
Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan
1. Karangan jenis ini merupakan suatu
bentuk penulisan yang menggambarkan atau memerihalkan apa-apa yang dilihat,
didengar, dan dirasakan
2. Biasanya karangan jenis ini
menghendaki anda menggambarkan atau memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman,
sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara,
seduatu benda, da sebagainya
3. Perkara-perkara yang hendak anda
gambarkan itu mungkin terdiri daripada sesuatu yang berbentuk kenyataan atau
khayalan.
4. Perkara-perkara yag
hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang
sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca/pemeriksa
karangan anda.
5. Misalnya, apabila anda menggambarkan
sesuatu tempat, selain anda menggambarkan apa-apa yang dapat anda lihat, anda
juga boleh menggambarkan apa-apa yang anda dengar dan anda rasakan, serta
suasana pada ketika itu.
6. daya pemikiran yang kuat, imaginasi yang
mantap, dan pemilihan kata yang tepat diperlukan apabila menulis karangan jenis
ini.
7. Apabila anda menulis karangan jenis
ini, elakkan penggunaan teknik penyampaian yang berulang-ulang.
8. Untuk mengelakkan penggunaan teknik
tersebut, susunlah karangan anda dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu.
9. Contohnya, jika anda menulis sesuatu
tentang suasana alam pada ketika senja, gambarkanlah aspek-aspek pemandangan
alam sekitar, cuaca, suasana, kegiatan manusia pada ketika itu, dan perasaan
yang anda alami.
10. Pengetahuan yang luas tentang
apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda
menghasilkan karangan yang baik.
Karangan Karangan Jenis
Cereka/Imaginasi
1. Karangan jenis ini mempunyai
ciri-ciri sesuatu cerita.
2. Antara ciri-ciri yang penting
termasuklah peristiwa, watak, tempat dan latar cerita, sebab dan akibat kejadian,
dan jalan cerita.
3. Dalam soalan peperiksaan, antara
aspek-aspek yang dikemukakan untuk dijadikan karangan termasuklah:
a. Menceritakan sesuatu peristiwa suka,
atau duka, atau peristiwa yang ngeri (tragedi);
b. Menceritakan pengalaman anda sendiri
mengenai sesuatu tajuk;
c. Melengkapkan cerita dengan
berpandukan pendahuluan atau penutup cerita yang diberikan.
4. Teknik penulisan memainkan peranan
penting dalam karangan jenis ini. Selok-eloknya, masukkanlah unsur-unsur
ketegangan (saspens), imbas kembali, imbas ke hadapan (imbas muka), dan
sebagainya supaya cerita anda tidak membosankan pembaca.
5. Karangan cereka ini mempunyai empat
tahap yang utama, iaitu tahap permulaan/pembukaan, konflik, kemuncak dan
penyelesaian
6. Gunakan unsur-unsur
7. untuk menjadikan cetia anda lebih menarik
lagi dan berkesan, pelbagaikanlah penggunaan ayat dalam karangan anda itu.
8. Selain itu, masukkalah perlbagai
unsur nasihat yang berguna kepada pembaca dalam karangan anda, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Carta Mudah Tentang Perbandingan
Karangan Cereka/Imaginasi dengan Karangan Gambaran/Keperihalan
|
Cereka/Imaginasi |
Perbezaan |
Persamaan |
Perbezaan |
Gambaran/Keperihalan |
|
Karangan
jenis ini mempunyai ciri-ciri sesuatu cerita. |
Bercerita Plot atau
jalan cerita Daya
imaginasi yang kuat |
Berdasarkan
khayalan dan kenyataan
Unsur
-unsur bahasa yang kreatif |
Menggambarkan Memerihalkan
tajuk secara jelas, menarik dan ada perbandingan Pengetahuan
yang luas tentang sesuatu tajuk |
Karangan
jenis ini merupakan suatu bentuk penulisan yang menggambarkan atau
memerihalkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasakan |
APK REVOLUSI – ANYAM PENA KREATIF
REVOLUSI
Panduan Pengguna

Panduan menulis karangan jenis
Cereka/Imaginasi dengan menggunakan APK REVOLUSI
Penting!
Klik pada
butang ‘EDIT’ untuk menaip masukan anda.
Untuk dapat
melihat maskan terkini (yang telah diedit) ikut arahan ini:
i)
Selepas
menaip, simpan dokumen terlebih dahulu;
ii)
Tutup
dokumen;
iii)
Klik
menu ‘Segarkan M.S’
iv)
Masukan
terbaru akan terpapar

Tajuk:
Contohan 1
Karang sebuah cerita yang berakhir dengan:
"......Aku menyimpan diari yang berada di tanganku.
Persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya
terhurai juga akhirnya. Aku
menghela nafas lega."
Kata Kunci Utama
Berpandukan tajuk yang diberi, cari
kata kunci utama, yakni perkataan-perkataan yang penting dalam tajuk. Contohnya:
1. Aku
2. diari ditanganku
3. persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya
4. terhurai juga akhirnya
5. aku menghela nafas
Persoalan Utama
Berpandukan Kata Kunci Utama,
persoalkan setiap perkataan dengan menggunakan pelbagai variasi pertanyaan. Setiap persoalan utama haruslah dijawab secara ringkas.
Contohnya:
Buka fail
yang anda ingin edit.
1. Apakah
salah 'Aku'. Apakah yang menyebabkan
dia
tertekan?
- dituduh mencuri wang ayah
- tidak ada anggota keluarga yang mempercayai
penulis
- abang kandungnya mungkin memahami tetapi dia baharu sahaja
meninggal dunia
|
2. Apakah
kandungan diari yang dibaca penulis? Mungkinkah
kandungan itu penyelesai masalah / tekanan yang dihadapi oleh penulis? Siapakah pemiliknya? - diari
itu mendedahkan siapakah pencurinya - diari
itu kepunyaan arwah abang kandung penulis |
4. Diari
tersebut adalah kunci yang menghuraikan masalah? - arwah
abangnya yang mengambil wang itu - dia
berjanji akan memulangkannya - dia
tidak sempat memulangkan kerana mati dalam emalangan |
|
3.
Persoalan apakah yang menjadi tandatanya? - wang
yang hilang -
siapakah pencurinya |
5.
Menggapa penulis menghela nafas panjang? - akhirnya
kebenaran timbul juga |
Pertanyaan
dan Jawapan yang menarik dan BIJAK akan memastikan
bahawa karangan yang bakal anda hasilkan dapat menarik perhatian pembaca. Langkah ini juga bertujuan untuk memastikan agar anda tidak
terpesong daripada kehendak soalan.
Watak dan perwatakan
Setiap cerita mempunyai watak utama, di mana peristiwa-peristiwa dalam
cerita tersebut berpusat kepada watak itu. Terdapat juga watak sampingan.
Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan terlalu ramai watak
sampingan. Ini akan mengelirukan pembaca. Penggambaran watak juga penting untuk menghidupkan cerita. Ertinya apabila dibaca, pembaca seakan dapat melihat watak itu
dalam fikiran mereka. Untuk melakukan ini, anda
sebagai penulis harus terlebih dahulu membayangkan watak-watak dalam karangan
anda.
Tips!!
Tanya
soalan-soalan ini untuk menghidupkan cerita dan watak:
Contoh watak:
1. Aku -
anak kedua dalam keluarga
2. Ayah -
garang dan pemarah
3. Ibu -
tertekan semenjak kematian abang
2. Abang -
anak sulung yang baharu sahaja
meninggal
dunia
Gambaran watak/perwatakan yang lebih jelas harus anda bayangkan untuk
menghidupkan watak tersebut. Sila rujuk Tutorial Pena Kreatif untuk
mendapatkan penerangan lanjut.
Masa dan Tempat
Masa dan tempat bermaksud latar cerita. Penentuan masa penting untuk
memastikan sama ada cerita anda berlaku pada masa
kini, lalu atau kini dan lalu (teknik imbasan). Perlu diberi
perhatian bahawa jika anda dapat mastikan masa kejadian dalam cerita anda,
lebih mudahlah bagi anda menulis karangan anda nanti. Anda
lebih fokus. Lebih daripada itu, anda dapat
menggambarkan keadaan atau suasa berdasarkan masa tersebut. Anda juga mesti menentukan tempat kejadian agar ianya bertalian
dengan masa. Sekiranya anda tidak mengendahkan tentang
pertalian tersebut, karangan anda mungkin sukar dipercayai. Bayangkan perkelahian yang berlaki du pusat membeli belah pada
pukul 6 pagi. Pusat tersebut tentu belum dibuka.
Bagaimana pergaduhan boleh berlaku di dalam pusat tersebut?
Contoh masa dan tempat:
1. Masa –
jangka masa seminggu
2. Tempat -
di rumah
Peristiwa yang berlaku
Secara susur-galur, yakni berdasarkan kejadian, rangsang
rambang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam karangan andan. Peristiwa-peristiwa ini haruslah berdasarkan pertanyaan dan jawapan
dalam bahagian Persoalan Utama yang telah anda isikan sebelum ini.

Contoh
peristiwa yang berlaku:
Buka fail
yang anda ingin edit.
- ayah menuduhku mencuri wang sebanyak 100
- aku menolak tuduhan itu kerana bukan aku
yang
mencurinya
- adik melaporkan kepada aya bahawa aku mahu
membeli
sepasang kasut yang berharga 100 dolar
- aku rasa sedih berbaur marah
- jika ada abang sulung ku tentu aku boleh
menggadu
kepadanya tetapi dia sudah meninggal
dunia
tiga hari yang lalu dalam suatu kemalangan
jalan
raya
- motosikal yang abang tunggangi tergelincir dan
dia
disambar sebuah kenderaan
- abang mati di tempat kejadian
- aku rindu pada abang dan mencari potraitnya
di dalam
almari
- terjumpa senaskah diari kepunyaan abang
- ku baca setiap muka
hari
- akhirnya terdedah bahawa abanglah yang telah
mengambil
duit ayah
- ku tunjukkan diari itu pada ayah
- ayah menyesali tuduhan yang dilemparkan
pada ku
- aku menarik nafas lega
Adakah anda sedang menghadapi masalah untuk menghasilkan cerita? atau anda
kurang pasti tentang struktur sebuah cerita?. Mungkin juga
anda mahu menggunakan teknik imbasan tetapi kurang pasti caranya? Kami ada sofwe yang dapat membantu anda.
Ingat ada 4
peringkat dalam plot: Permulaan, konflik, kemuncak, penyelesaian!
Klik di sini!
KARANG PLOT!

Karang Plot dapat membantu anda untuk mengarang plot (pembukaan,
konflik, Kemuncak, dan penyelesaian) yang hebat.
Sila
saksikan paparan Sofwe Karang Plot:



Cara
menggunakannya:
Sebelum
anda menggunakan sofwe ini, anda harus faham lakaran grafik Karang Plot
Kotak berwarna hijau muda
Kotak ini
digunakan untuk memasukkan kejadian yang berlaku pada masa KINI.
Terdapat empat kotak kesemuanya iaitu kotak ‘pembukaan’, ‘konflik’, ‘kemuncak’,
dan ‘penutup/penyelesaian’. Jika anda mahu menulis plot yang mudah di mana
ceritanya berlaku pada masa kini, sila gunakan kotak ini sahaja. Arahan:
Kotak berwarna Hijau pekat

Kotak ini digunakan untuk memasukkan kejadian yang berlaku pada masa LAMPAU. Terdapat empat kotak kesemuanya
iaitu kotak ‘pembukaan’, ‘konflik’, ‘kemuncak’, dan ‘penutup/penyelesaian’.
Jika anda mahu menulis plot yang mudah di mana ceritanya berlaku pada masa
kini, sila gunakan kotak ini sahaja. Arahan:
Ingin menggunakan kedua-duanya sekali?

Jika
kejadian dalam cerita anda berlaku dalam dua masa (kini dan lampau) anda boleh
mengarang plot tersebut dengan mudah dengan menggunakan kedua-dua kotak
tersebut. Ingat! Cerita anda berpindah dari satu
Mengarang Cerita
Anda ada pilihan. Anda boleh menggunakan Sofwe APK REVOLUSI untuk
menyiapkan karangan anda atau, gunakan TEMPLATE BIJAK WARNA PINTAR. Jika anda memilih untuk menggunaka TBWP, sila rujuk arahan tentang
cara-cara untuk menggunakan TBWP.
Sofwe AK REVOLUSI menggabungkan tutorial dan juga alatan canggih tetapi
menarik. Anda
tentu akan rasa seronok ketika menghasilkan karangan
Cereka/Imaginasi dengan menggunakan APK Revolusi.
Lebih dari itu, sekiranya anda seorang guru atau inginmengajar karangan
jenis ini, sofwe ini boleh diulang pakai. Maksdnya, anda boleh memuatkan
tajuk-tajuk atau contohan-contohan baru.
Akhir
sekali selamat mencuba!
Peringatan!
Untuk
menyaksikan paparan mauskan yang terkini, jangan lupa menyimpan masukan
terlebih lalu klik pada pilihan ‘Segarkan M.S’
TIPS!! – MENGARANG
DENGAN HEBAT
Perkara
utama yang harus diambil berat oleh pengarang
- Gambar Besar – Cerita anda tentang apa?
- Apakah yang telah berlaku sebelum cerita anda bermula?
- Apakah kejadian-kejadian yang menyebabkan cerita terkini
terjadi?
Informasi ini pending untuk memberi
gambaran bahawa cerita anda berlandasan/bertapak. Ini juga akan
mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan dari segi kesinambungan cerita.
- UD menjadikan manuskrip atau karangan anda menarik dibaca.
- UD yang hebat menjadikan pembaca ingin tahu apa yang berlaku selanjutnya.
- Seluas manakah halaman cerita anda?
- Apakah teras cerita anda pada peringkat paling dasar?
- anda haru jelas dan pasti tentang
perkara ini.
- Jalan cerita dari awal hingga akhir. Agar
anda tidak kehilangan arah tanpanya.
- Cerita anda berkisar pada tema apa?
“Jenayah menghancurkan hidup”, kejahatan dibalas kejahatan”,
“konflik perkauman”, “konflik kekeluargaan”, atau sebagainya. Jika anda
tahu tema cerita anda, anda tidak akan kehilangan arah
ketika menulis cerita tersebut.
- Pancingan awal memastikan pembaca terpaku/terpancing dan
tidak mahu melepaskan manuskrip atau karangan anda.
- Pancingan pra-akhir memastikan pembaca tidak akan menukar saluran atau meletakkan manuskrip atau karangan
anda.
- Cerita anda harus melangkah ke hadapan. Jangan
kandaskan cerita yang berlegar-legar begitu sahaja. Ini akan membosankan pembaca.
- Masa yang suntuk adalah elemen yang dramatik. Dalam
keadaan yang terdesak kerana kesuntukan masa, watak utama berusaha untuk
mengelakkan satu bencana daripada berlaku! SERONOKNYA!
- Setiap persoalan dalam cerita mesti terjawab.